Thursday, 4 July 2013

kemalangan

      Pada tahun 2011 yang lalu,telah berlaku sebuah kemalangan yang telah menimpaku…Kemalangan ini disifatkan antara semut dengan lembu…Ia berlaku awal tahun ketika aku pulang dari sekolah setelah menamatkan pertandingan sukan tahunan sekolah,aku sungguh penat…Dengan penat lelah aku menjayakan sukan tahunan sekolahku…Akhirnya rumah sukanku telah menang tempat ke-4..hehhehe..( Dengan kata lainnya kalau kita x yang pertama,kita yang terakhir )…Inilah yang telah diungkapkan oleh seniorku…Tamat sahaja sukan sekolahku,aku pulang kerumah dengan menaiki semut kesayanganku…
    
      Pada masa perjalananku pulang dengan hati yang riang walaupun menang tempat pertama yang belakang…Tanpa aku sedari,aku naek bukit dengan semutku dengan keadaan laju…kemudian,jengjengjeng aku turun bukit…Lepas 2 aku ternampak pokok kelapa sawit yang renek,akupun turun bukit dengan semutku,dan disebalik pokok kelapa sawit terdapat seekor lembu yang berjalan ke arahku…Tanpa rasa segan semutku terlanggar lembu tersebut,tanpa ku duga…

     Akibat kemalangan itu semutku mengalami patah tangan kiri hadapannya dan aku calar badan dengan koyak dagu yang berbentuk C,darah tidak berhenti…Alhamdulillah semutku dapat hidup kembali,tetapi semutku bukan macam semut lagi,macam kuda aku naek tergoyang sana,tergoyang sini…Dengan menaiki semutku,tiba_tiba aku sampai ke rumah,ibuku terkejut melihat keadaanku…Akhirnya aku dibawa oleh ayahku ke klinik untuk mendapatkan jahitan yang tanpa dibius,nak kata sakit x,nk kata x sakitpun x( Cuma rasa ngilu )…
Pengajarannya:
+ kita mestilah mengutamakan keselamatan ketika memandu,patuhi arahan di mana anda berada..
+ ketika memandu ingatlah nyawa tersayang dan nyawa orang laen..


Yang sebenarnya ini cerita aku kemalangan menaiki motorsikal C 70 yang bertembung dengan sebuah lori kelapa sawit warna putih yang dipandu oleh mat endo…kemalangan ini sejarah hidupku yang mendapat gelaran crisensin (cerita karton tv9 yang pari2 dagu panjang yang tertulis huruf C )…heheehehe..Dan kemalangan ini terjadinya didalam sebuah ladang kelapa sawit kepunyaan felda…Jalan potong pulang ke rumah…

No comments:

Post a Comment