Untuk kekasihku, akulah kekasihmu.. I lap uolzz muahh <3
Saturday, 6 July 2013
Thursday, 4 July 2013
kemalangan
Pada tahun 2011 yang lalu,telah berlaku sebuah kemalangan yang telah
menimpaku…Kemalangan ini disifatkan antara semut dengan lembu…Ia berlaku awal
tahun ketika aku pulang dari sekolah setelah menamatkan pertandingan sukan
tahunan sekolah,aku sungguh penat…Dengan penat lelah aku menjayakan sukan
tahunan sekolahku…Akhirnya rumah sukanku telah menang tempat ke-4..hehhehe..(
Dengan kata lainnya kalau kita x yang pertama,kita yang terakhir )…Inilah yang
telah diungkapkan oleh seniorku…Tamat sahaja sukan sekolahku,aku pulang kerumah
dengan menaiki semut kesayanganku…
Pada masa perjalananku pulang dengan hati yang riang walaupun menang
tempat pertama yang belakang…Tanpa aku sedari,aku naek bukit dengan semutku
dengan keadaan laju…kemudian,jengjengjeng aku turun bukit…Lepas 2 aku ternampak
pokok kelapa sawit yang renek,akupun turun bukit dengan semutku,dan disebalik
pokok kelapa sawit terdapat seekor lembu yang berjalan ke arahku…Tanpa rasa
segan semutku terlanggar lembu tersebut,tanpa ku duga…
Akibat kemalangan itu semutku mengalami patah
tangan kiri hadapannya dan aku calar badan dengan koyak dagu yang berbentuk
C,darah tidak berhenti…Alhamdulillah semutku dapat hidup kembali,tetapi semutku
bukan macam semut lagi,macam kuda aku naek tergoyang sana,tergoyang sini…Dengan
menaiki semutku,tiba_tiba aku sampai ke rumah,ibuku terkejut melihat
keadaanku…Akhirnya aku dibawa oleh ayahku ke klinik untuk mendapatkan jahitan
yang tanpa dibius,nak kata sakit x,nk kata x sakitpun x( Cuma rasa ngilu )…
Pengajarannya:
+ kita mestilah mengutamakan keselamatan ketika
memandu,patuhi arahan di mana anda berada..
+ ketika memandu ingatlah nyawa tersayang dan
nyawa orang laen..
Yang sebenarnya ini cerita aku kemalangan
menaiki motorsikal C 70 yang bertembung dengan sebuah lori kelapa sawit warna
putih yang dipandu oleh mat endo…kemalangan ini sejarah hidupku yang mendapat
gelaran crisensin (cerita karton tv9 yang pari2 dagu panjang yang tertulis
huruf C )…heheehehe..Dan kemalangan ini terjadinya didalam sebuah ladang kelapa
sawit kepunyaan felda…Jalan potong pulang ke rumah…
adik baru
Awal tahun 2012,tanpaku duga,aku
telah menerima berita gembira daripada ibu dan ayahku… Aku bakal menjadi abang
lagi… Sungguh x ku duga,umurku kini sudah menjangkau 19 manakala abangku 23,
akakku 22, dan adikku 12 tahun…Umurku sahaja dah beza 7 tahun dengan
adikku,inikan adik babyku mungkin 19 tahun berbeza…
Alhamdulillah, ibu
dan ayahkupun x menyangka bakal dapat cahaya mata yang ke5… Aku sungguh gembira
menerima berita ini.. Pada masa yang sama jugak aku berada jauh dengan ahli
keluargaku, iaitu aku berada di Universiti Putra Malaysia,Bintulu Sarawak..
Ibuku ingatkan
dirinya sudah monopos,tetapi sebaliknya (seperti ada udang disebalik
batu)…Awalnya ibuku membuat pemeriksaan doctor tetapi doctor mengatakan tiada
masalah cume masaalah kitaran haid… So ibuku anggap tiada ape yang perlu
dirisaukan…Setelah 4 bulan ibuku mengandung tanpa disedari,ibuku merujuk semula
kepada doctor,dan doctor mengesahkan ibuku mengandung lagi…
Makin lame kelamaan
perut ibuku semakin membesar… Setelah genap 9 bulan 10 hari iaitu pada akhir
tahun 2012 bulan 12,adikku tidak keluar lagi…Ibuku digalakkan menetap di wad
bersalin,akhirnya Alhamdulillah adikku selamat dilahirkan pada awal tahun ini
iaitu 2013… Baguslah adikku lahir awal tahun cepat sambut hari jadi,klau akhir
tahun lambatlh…Dengan kehadiran adik baru ni telah memberikan akakku dengan
ibuku teman yang lebih rapat,adikku yang selamat dilahirkan secara normal ialah
baby ‘bunga’…Aku sangat bersyukur kepada Allah S.W.T dan berterima kasih kepada
pihak hospital kluang,Johor yang dapat membantu dalam proses kelahiran adikku…
Oleh itu, kita mestilah menerima ketentuan Allah dan janganlh
kita malu dengan orang sekeliling yang memandang kita… Alhamdulillah ibu dan
ayahku tidak kisah walaupun umur ayahku sudah menjangkau 59 dan ibuku 45…Setiap
kali ayahku bawa adikku,orang ingat adikku adalah cucu ayahku,tetapi bukan..
Wednesday, 3 July 2013
pembuka blogger
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bakal kawanku.Inilah kali pertama saya membuat blog setelah 19 tahun hidup di muka bumi yang indah ini...So hargailh alam yang indah ini,dengan menjiwai keindahan alam...Jangan mencemari alam sekitar kita supaya kita hidup sihat sejahtera selamanya...Disini nama bloggerku ialah kata-kata azimat,so saya akan memberikan kata-kata yang mengandungi faedah disebalik batu besar Pantai Tanjung Batu,Sarawak...(makan buntut ayam sedap rm 1.00,kepak ayam rm 2.50)...
Subscribe to:
Posts (Atom)